Wednesday, 29 September 2010

pembangunan sukan di malaysia





Kejayaan pembangunan sukan negara perlu bermula dengan menggerakan masyarakat
aktif dalam sukan sebagai amalan dan budaya hidup mereka. Pendekatan menggerak dan
membudayakan sukan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan sukan di peringkat sekolah.
Pendidikan sukan menitikberatkan pengajaran kemahiran, strategi dan pengetahuan tentang
sukan dan aktiviti kecergasan fizikal. Pendekatan tersebut melibatkan sokongan daripada
semua pihak termasuk guru. Peranan guru bukan semata-mata mengajar topik-topik pelajaran
yang ditentukan dalam sukatan pelajaran bidang masing-masing. Peranan guru ialah
menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakarannya melalui pelbagai pendekatan
mengajar untuk pelajar menimba pembelajaran secara berkesan. Hasil dari proses
pembelajaran yang berkesan, pelajar dapat meningkatkan kefahaman melalui proses kognisi,
membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan psikomotor dan menerapkan nilainilai
afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002).

Sunday, 5 September 2010

kurikulum pendidikan jasmani di malaysia

Pendidikan jasmani merupakan salah satu matapelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Ianya diajar selama 11 tahun yang merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan. Menurut Lawson dan Placek (1996), pendidikan jasmani yang diajar disekolah perlu merangkumi 8 aspek iaitu, perkembangan motor, anatomi kinesiologikal, biomekaniks, fisiologi latihan, kesihatan, pedagogi sukan, psikologi sukan serta pekembangan dan kawalan motor. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, kesemua aspek-aspek tersebut ada diterapkan dalam tunjang pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan di Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).